::Pengenalan::

Salamun alaik…AHLAN WASAHLAN kepada semua yang sudi bertandang ke web blog kami.  Web blog ini di publishkan bertujuan untuk memudahkan orang ramai terutamanya (WARGA MATM) bagi mendapatkan maklumat dan input yang mana berguna untuk semua.

Tertubuhnya alumni matm ni adalah di atas insiatif warga kerja matm dengan kerjasama PIBG MATM. Objektif penubuhannya adalah untuk turut sama membantu warga matm dalam menjalankan sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan. Ini bagi meringankan beban setiap warga matm yang bekerja keras mabi memastikan keadaan dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan yang baik dan lancar.

Selain itu juga, ianya bertujuan untuk memastikan setiap produk keluaran MATM bermutu tinggi samada dari segi akademik mahupun sahsiah terutamanya bila berada di dunia luar. Alumni ini juga bertanggungjawab untuk membantu memantau para pelajar matm terutamanya dari segi akademik, sahsiah diri dan juga disiplin.

Alumni matm batch iium ini sebenarnya berada di bawah naungan alumni induk yang merupakan amir ataupun penghulu bagi setiap alumni batch mengikut setiap institusi pengajian tinggi samada luar atau dalam negara.

Setiap alumni batch digelarkan sebagai (TANZIM BATCH ALUMNI MATM) yang mana terdiri daripada beberapa pimpinan yang dilantik berdasarkan kaedah syura bagi memimpin dan mengelola jentera tanzim batch.

Tanzim batch alumni matm ini meliputi wakil-wakil dari setiap IPTA & IPTS yang mana mereka ini merupakan  ex pelajar matm yang telahpun berjaya melanjutkan ke peringkat menara gading.

Harapan kami agar dengan penubuhan alumni matm mengikut batch ini dapat membantu dan memudahkan lagi setiap perancangan dan pergerakan yang di atur oleh warga matm yang mana mengharapkan yang terbaik untuk setiap putra-putra dan puteri-puteri matm.



Sekian, terima kasih.

Wassalam….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: