Ceramah balu Asy-Syahid Dr Aziz Ar-Rantisy HAMAS di Dewan MPS, Seremban (Rabu 25/3/2009) anjuran ISMA NS

sayap-kiri-perjuangan

Esok Rabu 25/3/2009, pukul 2.30 petang, ISMA NS menganjurkan satu ceramah umum “CINTA & AIRMATA WANITA PALESTIN” oleh Ustazah Rasya Al-Adluny, balu Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy, bekas Ketua Umum HAMAS bertempat di Dewan MPS (Majlis Perbandaran Seremban), Negeri Sembilan. Masuk adalah percuma. Semua muslimin muslimat dijemput hadir.

Kini selesai sudah tugas aku“, kata Dr Aziz Ar-Rantisy, dengan muka berseri, kepada Rasya bila dia menyerahkan saki baki wangnya kepada isterinya setelah anak terakhirnya baru melangsungkan perkahwinan dan dia juga telah selesai membayar semua hutang-hutangnya. Sebaik suaminya keluar dengan kereta, Rasya mendengar dentuman kuat. Suaminya dijemput syahid oleh Allah.

Sebaik dipilih menjadi Ketua Umum HAMAS menggantikan Ustaz Ahmad Yasin yang dibedil syahid, diantara soalan yang diajukan ialah kesediaannya memikul jawatan yang pasti menjadi sasaran selanjutnya bedilan oleh Israel yang mahu menguburkan perjuangan HAMAS dengan membunuh para pemimpinnya. Dr Aziz Rantisy menjawab dengan ungkapannya dalam bahasa Inggeris yang masyhur, It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache”.

Di sebalik kehebatan seorang lelaki yang bergelar pejuang, pasti ada di sisinya seorang wanita sebagai pendorong dan sumber inspirasi. Begitu juga dengan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tokoh pimpinan HAMAS yang syahid akibat bedilan Apache oleh tentera Zionis Israel. Justeru Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan sukacitanya menjemput seluruh kaum muslimat untuk mendengar sendiri cetusan rasa dan perkongsian pengalaman oleh Puan Rasya al-Adluni (balu kepada As-Syahid Ar-Rantisi) dalam program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin”.

Selain Puan Rasya, program yang dibawakan bersama oleh Biro Wanita ISMA dan Aman Palestin ini turut menampilkan seorang lagi tokoh muslimah Palestin iaitu Umi Nadia Al-Ahsy, isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzuk (Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS). Maklumat lengkap program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
  • Masa: 2.30 petang
  • Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, N.Sembilan
  • Masuk: Percuma
  • Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

Program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” ini adalah khusus untuk golongan wanita sahaja. Hadirlah beramai-ramai ke program ini bagi mengambil peluang untuk menyingkap kisah suka-duka kehidupan kedua-dua tokoh muslimah Palestin di atas yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada nadi perjuangan pembebasan tanahair Palestin. Untuk pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Norlida bt Kamarudin (019-2757312), Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: