Bina Impian Capai Kejayaan

key_success

Setiap individu itu mempunyai impian dan matlamat hidup masing-masing. Apakah impian kamu agaknya? Tidak semestinya matlamat hidup kamu sama dengan matlamat hidup orang lain. Apa yang penting, matlamat tersebut perlulah dirancang terlebih dahulu agar kamu akan dapat mencapai suatu hari nanti. Sesuatu yang dilakukan tanpa perancangan tidak akan sempurna jadinya.

Kamu perlukan ‘tenaga’ untuk melakukan sesuatu larian agar matlamat tersebut akan tercapai. TENTUKAN MATLAMAT Terlebih dahulu, fikirkan dan kenal pasti apakah matlamat atau impian kamu dalam hidup kamu di masa akan datang. Kemudian buatlah satu perancangan yang teliti untuk mencapainya mengikut kesesuaian matlamat tersebut. Namun tidak semestinya kamu mempunyai satu matlamat hidup sahaja. Mungkin matlamat hidup kamu adalah untuk memasuki universiti dan kemudiannya menyambung pelajaran ke luar negara pula.

Selain daripada itu, kamu juga mungkin mempunyai matlamat untuk berkahwin ketika usia kamu mencapai 25 tahun. Itu juga merupakan salah satu daripada matlamat kamu dan kamu seharusnya berusaha untuk mencapai matlamat kamu itu. Oleh itu buatlah persediaan jangka panjang dan jangka pendek untuk mencapai impian kamu itu. Bukan mudah untuk menjadikan apa yang kita impikan itu sebagai satu kenyataan. Jadi, perhatikan dahulu sama ada ia memerlukan perancangan jangka pendek atau perancangan jangka panjang. Misalnya, kamu seorang perokok dan ingin mengikis tabiat suka merokok.

Untuk matlamat ini kamu memerlukan perancangan jangka pendek. TETAPKAN MATLAMAT Mula-mula ‘set’ kan minda kamu yang kamu hanya akan menghisap rokok lima batang dalam satu hari. Setelah berjaya mencapai target itu, kamu mungkin boleh mengurangkan lagi bilangan rokok yang kamu hisap itu. Ia adalah sebagai permulaan dan sekiranya kamu berjaya melakukan apa yang kamu rancangkan itu kamu akan semakin bersemangat dan akhirnya kamu boleh terus menghentikan tabiat tersebut. Tetapi kamu jangan terlalu tergesa-gesa membuat perubahan yang drastik kerana kadangkala sukar untuk diri kamu sendiri mengikut apa yang kamu rancangkan itu.

Beri masa pada diri sendiri tetapi kamu harus konsisten dalam segala perbuatan kamu. Untuk mencapai matlamat yang masih jauh di hadapan, kamu memerlukan perancangan jangka panjang untuk melakukannya. Setelah berjaya mencapai target itu, kamu mungkin boleh mengurangkan lagi bilangan rokok yang kamu hisap itu. Ia adalah sebagai permulaan dan sekiranya kamu berjaya melakukan apa yang kamu rancangkan itu kamu akan semakin bersemangat dan akhirnya kamu boleh terus menghentikan tabiat tersebut. Tetapi kamu jangan terlalu tergesa-gesa membuat perubahan yang drastik kerana kadangkala sukar untuk diri kamu sendiri mengikut apa yang kamu rancangkan itu.

Beri masa pada diri sendiri tetapi kamu harus konsisten dalam segala perbuatan kamu. Untuk mencapai matlamat yang masih jauh di hadapan, kamu memerlukan perancangan jangka panjang untuk melakukannya. Misalnya matlamat hidup kamu ialah untuk belajar hingga ke menara gading. Jadi, kamu haruslah menanamkan semangat itu sejak dari awal. Mungkin sejak di bangku sekolah lagi. Dengan itu kamu mesti memastikan prestasi pelajaran kamu sentiasa meningkat dari awal lagi. SEMANGAT DAN KEYAKINAN Setiap apa yang dilakukan haruslah dengan penuh yakin dan bersemangat, barulah matlamat itu dapat diraih.

Walau apa pun jua yang kamu inginkan dalam kehidupan, kamu perlu sematkan minda bahawa kamu mesti mendapatkannya walaupun seribu rintangan yang mendatang. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, sebelum berjaya kita perlu mengorbankan sesuatu. Misalnya duit atau tenaga. Ia tidak akan datang dengan sendiri. Perasaan yakin dan percaya pada diri sendiri juga perlu. Tanpa keyakinan diri kamu akan lemah dan mudah mengalah. Bila diuji dengan sedikit kegagalan, kamu sudah pun patah semangat. Bukan mudah mencapai matlamat hidup kamu. Kadangkala pula, ia tidak seperti yang diharapkan.

SAINGAN ITU PERLU Biasanya kita memerlukan sesuatu atau seseorang untuk mendorong kita mencapai matlamat. Jika perlu, cari teman yang sama matlamatnya dengan kamu untuk sama-sama bersaing mencapai matlamat kamu bersama. Sekurang-kurangnya kamu dan dia akan sama-sama berjuang untuk mencapai matlamatmasing-masing. Ini merupakan suatu persaingan secara positif dan bukan pula mencari musuh.

PERLU BERINGAT Namun kamu juga harus beringat, tidak selamanya kamu akan sentiasa berada di tempat yang teratas. Sudah menjadi adat dunia, kita tak selamanya berada di puncak. Lakukan ia dengan cara yang betul. Tidak bermakna sekiranya kamu membina harapan dan kejayaan di atas kegagalan orang lain yang lebih-lebih lagi jika dia merupakan teman kamu sendiri. Apa salahnya kamu bersama-sama berusaha untuk menikmati kejayaan itu bersama-sama.Sebelum kamu terfikir untuk menganiaya orang lain, cuba letakkan diri kamu di tempat orang itu.

Apa perasaan kamu bila ada orang lain yang tidak senang dengan kejayaan kamu dan cuba menjatuhkan kamu dengan taktik kotor. Lebih berkat jika kejayaan itu diraih dengan cara yang betul. Kan adil namanya. Mungkin kamu telah merancang dengan teliti untuk mencapai matlamat hidup kamu, namun kamu masih lagi gagal. Jika ini terjadi, jangan pula terlalu bersedih. Mungkin sudah ditakdirkan kamu tidak berjaya untuk mencapai matlamat hidup kamu selama ini ataupun ia tidak seperti yang dijangkakan. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya, siapa tahu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: