Retak Menunggu Belah?

Rafidah Sharizat
Apa agaknya yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin ini? Dulu kata nak peralihan kuasa, sekarang kata ikut kehendak akar umbi pula. Dulu kata sepakat, sekarang kata saya terima cabarannya.

Ibnu Khaldun pernah menulis di dalam kitabnya al-Muqaddimah tentang teori tiga generasi. Saya mendengar teori ini di dalam satu seminar yang dibentangkan dalam beberapa bulan lepas. Menurutnya mana-mana organisasi atau badan atau kerajaan akan bertahan selama tiga generasi. Selepas dari itu ianya akan mulai lemah kecualilah jika sekiranya proses taurith (pewarisan) berlaku dengan baik. Itukah yang berlaku pada UMNO hari ini? Mungkin juga.

Setiap organisasi perlu mempunyai faktor-faktor yang boleh mengekalkannya (awamil baqa’). Rasanya tak ramai orang UMNO yang berfikir tentang ini. Apabila masing-masing mula memikirkan agenda peribadi, organisasi akan sentiasa menjadi mangsanya. Tetapi jika maslahat umat sentiasa di letakkan di depan, kesatuan organisasi akan sentiasa bertambah baik dari masa ke masa. Moga gerakan-gerakan Islam di Malaysia tidak akan jadi seperti itu.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: