Mukhayyam Tarbawi 2009

Generasi pelapis harus dibentuk dari usia muda, dilentur sebaiknya agar mereka menjadi generasi pewaris risalah nubuwwah. Antara faktor kejayaan pergerakan Islam yang dicatatkan oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya ‘Harakah Islamiyyah Satu Tuntutan’ adalah wujudnya generasi Islam dalam masyarakat. Generasi ini mempunyai keimanan yang utuh, kejelasan fikrah, kegigihan dalam berjihad, dada yang penuh dengan ilmu-ilmu serta sifat-sifat tertentu yang tidak dimiliki oleh generasi biasa. Mereka inilah digelar sebagai golongan syabab(pemuda) yang mempunyai kekuatan luar biasa yang mampu menggoncang dunia dengan prinsip dan gagasan pemikiran tersendiri.

“Jika seseorang itu masa mudanya habis dalam sesuatu keadaan atau sifat, begitulah kelak semasa tuanya. Dan barang siapa masa tuanya bersifat demikian pastilah ia mati dalam keadaan begitu juga” Pepatah ini memberi peringatan kepada kita agar tidak melupakan tanggungjawab kita terhadap generasi muda. Mereka harus didekati, dibimbing dan dididik dengan tarbiyyah Islam, bukan dengan acuan sekular yang ditegakkan oleh pemerintah pada ketika ini. Jika golongan ini telah terbiasa dengan pendidikan sekular sejak dari kecil, mana mungkin mereka berpaling ke arah lain lagi sekalipun kepada agama yang mereka warisi dari datuk nenek mereka. Aduh! Kemudharatan yang besar akan menimpa sekiranya kita membiarkan generasi muda ini terkapai-kapai dalam dunia remaja mereka tanpa bimbingan dan tarbiyyah dari kita sendiri mengikut acuan dan tarbiyyah Islam.

Atas kesedaran inilah, maka ALUMNI MATM (Maahad Ahmadi Tanah Merah) turun ke sekolah dan menganjurkan program-program ilmiah kepada adik-adik di sekolah serta melibatkan diri dalam program-program anjuran sekolah demi memastikan produk pelajar keluaran MATM ini berkualiti dan berjati diri. Program yang terkini yang dihadiri oleh beberapa orang ALUMNI ialah Mukhayyam Tabawi peringkat sekolah bertempat di Masjid Berunai, Rong Chenok pada 13-15 Februari 2009. Program anjuran bersama Exco Belia & Sukan, YB Fatah Mahmood ini mendapat sambutan luar jangkaan apabila jumlah peserta yang hadir mencecah 106 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas.

Kami, fasi-fasi yang hadir diberikan mandat sepenuhnya oleh guru-guru untuk mengendalikan program ini. Walaupun tenaga kerja yang tidak mencukupi, itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersama adik-adik dan mencurahkan ilmu dan pengalaman kepada mereka. Kehadiran kami ke sana disambut mesra oleh adik-adik yang sememangnya merindukan kakak-kakak dan abang-abang senior untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Tentative sepanjang program 3 hari adalah seperti berikut:

Jumaat -bertolak ke tempat program -check in -slot pengenalan fasi -riadhah Pada hari pertama ini, kami agak kekalutan kerana peserta terdiri dari pelbagai tingkatan. Pastilah memerlukan pendekatan yang berbeza. Adik-adik tingkatan 1 dan 2 agak nakal dan sukar untuk memberikan kerjasama kepada kami. Selepas perbincangan yang ringkas, kami terpaksa membahagikan adik-adik kepada 2 ketagori; menengah bawah bagi tingkatan 1-3 dan menengah atas bagi tingkatan 4-6. Untuk peserta menengah atas, mereka diberikan penerangan yang jelas tentang objektif program ini; bukan sekadar program biasa tetapi merupakan program tarbiyyah sebagai medan transformasi diri. Bagi fasi muslimat, pada hari pertama ini kami seolah-olah ditarbiyyah dengan karenah adik-adik yang pelbagai. Agak menarik, pada petang itu makanan petang tidak mencukupi disebabkan bilangan peserta diluar jangkaan. Makanan yang tinggal untuk kami hanyalah nasi kosong dan telur goreng. Kami berpandangan sesama sendiri, inilah TARBIYYAH!

Sabtu -qiamullail -riadhah bermodul -debat perdana -kuliah ‘Tuntutan Dua Kalimah Syahadah’ -rehat -kuliah 2 ‘Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah’ -LDK 1 -Acara bermotorbot ke pulau -BBQ -solat Asar -khidmat diri -solat maghrib & Isya’ -LDK 2 -muhasabah Pengisian hari ini agak longgar, nampak lebih santai. Kebanyakan fasi kurang berminat dengan pengisian yang santai memandangkan program ini adalah program tarbiyyah, tidak seperti kem-kem yang kami pernah hadiri. Namun, apa yang boleh dibuat, tentative sudah tersedia, kami hanya melaksanakan. Walau bagaimanapun, penerangan dari ustazah mengatakan ‘tentatif dirangka sebegitu untuk menarik minat mereka dengan program, kalau buat ala syadid, mungkin selepas ini mereka tak nak join program anjuran badan dakwah sekolah’ memujuk hati kami. Pada sebelah malam, kami isikan dengan LDK dan muhasabah.

Pengendalian slot muhasabah berbeza untuk pelajar menengah bawah dan atas. Bagi adik-adik tingkatan 1-3, muhasabah berkisar tentang peranan mereka sebagai anak, pelajar, dan sebagai hamba Allah. Fasi-fasi yang terlibat agak berjaya menyentuh hati peserta dengan memasukkan elemen-elemen sentimental. Peserta menangis meratapi kesilapan diri..bukan air mata yang membuktikan kejayaan program tapi perubahan yang istiqamah selepas ini. Bagi adik-adik menengah atas pula, mereka dikumpulkan di kawasan lapang depan masjid dan di ‘touchier’ oleh abang-abang dan kakak-kakak yang berpengalaman. Muhasabah bagi mereka berkisar pada amanah kepimpinan di sekolah. Bukan niat kami untuk memarahi adik-adik tapi kami inginkan perubahan berlaku di sekolah, kami tak mahu generasi bawah tidak mendapat tarbiyyah yang kami perolehi dan kami ingin kalian mempertahankan biah solehah di bumi MATM. Seusai muhasabah, kami salam wida’ dengan adik-adik, ada yang menitis air mata, kata mereka “Terima kasih kak kerana menyedarkan kami”. Apa maknanya??

Ahad -Qiamullail -Riadhah -kuliah “Peribadi Muslim” -sidang pleno -majlis perasmian penutup -bertolak pulang Hari akhir agak santai. Untuk sidang pleno, adik-adik diminta membuat komen bertulis kepada fasi-fasi dan pihak sekolah. Kebanyakan mereka amat mengharapkan program seperti ini diadakan lagi dengan bekalan tenaga Alumni lebih banyak. “Program bagus tapi fasi tak cukup. Satu kumpulan sangat ramai ahli menyebabkan ahli kumpulan tak ramai yang menonjol”.Apa maksudnya??? Kesimpulannya, harapan yang tinggi kepada bekas pelajar MATM untuk turun ke sekolah dan memberikan khidmat kepada adik-adik yang memerlukan inspirasi dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Kalau bukan kita siapa lagi?? Wallahua’alam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: